Wednesday, 1 May 2013

bad mood, go away..

morning malaysia!

and morning to all pekerja-pekerja di Malaysia yang sedang sambung tidur, yang balik kampung nak mengundi, yang tengah lepak kat coffee house mahupun shopping complex, dan juga yang tak tahu nak buat apa cuti ni.

the weather looks muggy and for those yang dah packing-packing barang nak balik rumah, sediakan payung sebelum hujan. Don't end up like typical malay film 'lari-lari dalam hujan sambil menangis'. lulz.

Semalam, mood tak berapa nak baik. stress lagi. First, sebab test 2 lagi dua hari dan second, semua orang teruja nak balik rumah sempena PRU. Aku tak faham kenapa diorang sambut PRU ni macam hari raya, semua nak minta cuti dan cancel kelas dari lecturer. Walaupun keputusan penentuan kerajaan punbelum lagi, tapi keseronokan nak pulang bercuti bukan main lagi. Nak pulak yang belum bergelar pengundi, 'kemaen' lagi 'over-eksaited' nye padahal kau bukan mengundi pun!

lecturer aku pulak sibuk nak buat test sebelum dan selepas tarikh mengundi. Maka segala perancangan aku nak balik rumah tergendala. Aku rasa terkilan sebab tak sempat pun nak lawat abi (my dad) selepas pembedahan usus hari tu. yup, memang la aku ada tanya khabar abi melalui phone but perasaannya tak sama seperti talking face-to-face.

Then, le friends ajak makan-makan kat luar malam tu. Aku ingatkan betul-betul nak ajak keluar, tetapi rupanya the main reason is nak kitorang teman dia makan dengan her boyfriend. Yup, memang la hari tu aku ada tegur my friends about 'Yes and No for couple', tapi tak de lah sampai aku 'suka' nak teman diorang dating.

So, untuk mengelakkan le friends tahu keserabutan yang bersarang di kepala aku ni. Aku topup phone and called my family for like half an hour. (sementara nak tunggu order makanan).  Bagi aku, bercakap dengan orang yang tersayang merupakan salah satu terapi untuk menghilangkan tekanan (selain dari makan). Selepas habis bersembang dengan le family, mood aku dah kembali baik sebab segala keserabutan dan pergi jauh untuk seketika but mungkin akan datang kembali bila-bila.

I enjoyed my food last night!
Alhamdulillah..

2 comments:

Mia Liana said...

sabar ya.. jangan stres...

Miss Versy said...

InsyaAllah kak Mia. :)