Monday, 13 May 2013

yang sedia ada

minggu depan ada annual dinner kat hotel..

tapi dari sebulan yang lepas lagi member-member aku sibuk berbincang mengenai dress code..

makan malam akan bertemakan 'merah hitam'. masing-masing sibuk gelabah fikir nak pakai baju apa.

Aku? aku pakai baju apa yang sedia ada.

tak terlintas langsung nak beli baju baru hanya untuk satu malam sahaja.

lainlah macam mereka, baju kenduri pak long kena beli baju baru, kenduri ayah chik nak beli baju baru,

baju raya lima pasang, setiap hari berbeza fesyen,

raya cina pun nak ada baju baru.. tahun baru pun ada baju baru..

semalam mereka keluar cari baju, dan hasilnya seorang sepasang baju ratusan ringgit harganya. *lap peluh*

Aku?? umi ajar cara bersederhana. Pakai apa yang ada.

Mungkin aku tak pernah menyarung pakaian berharga ratusan ringgit, tetapi aku tahu pakaian aku itu sangat berharga kerana dapat menutup auratku dengan sebaiknya.

Mungkin almari ku tidak penuh baju fesyen terkini, hanya baju kurung potongan biasa dan corak lama.

Mungkin aku tidak pandai bergaya, tetapi aku selesa dan aku bahagia.

dan aku harap mereka tidak bertanya lagi, "kau dah beli baju untuk dinner nanti?"

"aku pakai apa yang sedia ada sahaja. :) "

2 comments:

...iSyA Purple* said...

thumbs up!! asalkan pakaiann tu mnutup aurat, dah cukup baik dah. .. baju kalau makin mahal, makin cikit kainnya.

Gugu Suseno said...

Beli mhal2 pakainye sekali dua .. baek tak payah beli :3