Friday, 8 November 2013

hujan dan perasaan

"rains coming down from the rooftoop.." - Rain

Dulu teringin nak mandi hujan tapi ayah tak bagi.. so kalau lepas habis sekolah agama, naik basikal, pastu hujan lebat, apa lagi, amik kesempatan la mandi hujan. tapi sampai rumah ayah marah. suruh cepat mandi dan tukar baju.

Bila dah masuk sekolah asrama, aku dok perhati je kawan-kawan aku mandi hujan kat belakang blok asrama. niat di hati macam nak join je tapi teringat pesan ayah. so tak jadi mandi.

Bila dah besar ni, hujan tidak mengajar aku erti keseronokan lagi. tetapi ianya seperti satu perasaan. boleh jadi perasaan sedih, tenang dan ngeri. bergantung pada kondisi kau ketika itu.

Sedih.
hujan seolah-olah memahami perasaan kita yang sedang berduka ketika itu. bila hujan turun mencurah ke bumi, seakan air mata kau juga mahu menitis. bagi aku, menangislah seperti hujan. kerna di akhirnya akan muncul pelangi yang membahagiakan. menangislah jika itu mampu mengubat hati mu.

Tenang.
hujan yang orang katakan hujan rahmat. Time tu kau rasa tenang macam tak ada masalah. Buat kita tersenyum. Kalau nak tidur pun best. *tarik selimut*

Ngeri.
Hujan lebat, petir, kilat , guruh sabung menyabung. ok ini aku takut sebab rasa tak selamat. Nak tidur pun tak lena. Rasa macam nak sentiasa ada di sebelah orang-orang yang kita sayang. Aku pernah rasa ketika menumpang tidur di kampung kakak aku. kejadian berlaku pada waktu malam. macam-macam aku fikir ketika itu, last-last kakak aku datang dan ajak aku tidur dengan dia. Baru boleh tidur semula. Ada kes kat tempat aku, time ni la banyak berlaku pokok kena panah petir, pokok tumbang, eksiden dan sebagainya.. moga kita dijauhkan..

Kelam-kabut.
ini aku baru tambah. Hujan yang tiba-tiba dan membuatkan semua orang berlari-lari angkat kain. (0.0)>

*mungkin ada lagi perasaan lain yang aku tidak perasan*

Budak perempuan dewasa ni teringin nak main hujan sebenarnya dengan ........


2 comments:

Lyenda said...

salam...musim hujan , seronok dan perasaan berbagai2 ye...alhamdulillah Allah bagi semua tu utk kita rasa...bersyukurlah pada tiap nikmatNya ...

eydafaizal said...

yang , follow sini dah #42 .. singgah .. :)