Friday, 8 November 2013

tips baca surah al-Kahfi

"It's Jumuah, Jumuah,
Gotta make Dhikr on Jumuah,
Everybody is looking forward to Mercy, Mercy." it's Jumuah - Raef

I woke up early today. macam miracle rasanya tetibe bangun sebelum subuh. *tampar pipi kiri kanan* tetapi macam biasa lah aku akan golek-golek atas katil selama beberapa minit. liat.
ikutkan hati nak terus sambung cuti, tapi banyak tugasan menanti. Aku taknak jadi orang yang rugi, jika aku tak mampu selesaikan semua tugasan aku, paling kurang cuti aku ini produktif dan terisi dengan perkara yang berfaedah. *duduk sambung buat tugasan*

oh ya, it's friday is it? yaumul ayyam? 
biasanya orang slalu akan post pasal kelebihan membaca surah al-Kahfi kan?
sumpah sejujurnya seumur hidup aku dahulu, aku tak pernah amalkan benda ni. paling kurang pun aku pasang mp3 surah al-Kahfi dalam playslist henfon.. err kira ok lah kan? 

satu sahaja sebabnya..
masa aku first time aku tengok surah ni, panjang nya..ada 110 ayat. surah yaasin pun 83 ayat je tauu.. so lama-lama aku abaikan je..x amalkan pun.
tapi pagi tadi tergerak nak tengok balik, sebab terbangun awal dan xnak sambung tidur balik..
aku fikir, tiap-tiap hari jumaat, orang yang post ajak baca surah al-Kahfi ni, diorang baca ke tak eh? ke saja post je padahal tak amalkan pun?

so aku try lah baca sikit..lama2 aku makin mengantuk.. dan aku berhenti.. *krooh krooh*
bila aku bangun balik, aku tengok lagi panjang mana baki surah tu yang aku perlu baca.. lagi setengah muka rupanya.. nanti aku sambung lah..

eh? tetiba aku dapat satu idea.
kalau bagi mereka yang malas/liat nak amalkan baca surah al-Kahfi ni,
buat macam ni. lepas subuh baca sikit, lepas dhuha baca sikit, lepas zohor baca sikit..
tup tup eh da sadaqallahul'azim? 
hah senang rupanya..
sikit-sikit lama-lama habis satu surah..
bagi yang baru bertatih-tatih nak amalkan baca surah al-Kahfi ni, bolehla try. 
x lah rasa rugi, bila tengok orang lain rajin amalkan tapi kita malas nak baca, kan?

kalau tiap2 malam jumaat boleh habiskan surah yaasin lepas maghrib sementara nak tunggu isyak, so apa kata tiap2 jumaat lepas subuh, dhuha dan zohor habiskan pula surah al-Kahfi, kan?

ok tak rugi. aku pun first time cuba dan ianya seronok.
yang baca post aku ni, doakan aku istiqamah ya,
bukan nak menunjuk2 amalan aku yang sikit ni, 
cuma nak bagitahu, idea aku ni tak adalah kolot mana, kan?

*sambil baca tu boleh lah google kelebihan membaca surah al-Kahfi, tapi make sure ambil dari dalil yang sahih sahaja ye."

2 comments:

Hazirah Zain said...
This comment has been removed by the author.
Hazirah Zain said...

waalaikumsalam. Thanks for visiting my blog :)