Tuesday, 2 September 2014

senior's rambling talk

selamat datang adik-adik tahun satu sarjana muda ke universiti ku..

walaupun aku dah senior pangkat final year tapi aku terimbau-imbau kenangan lama masa hari pertama pendaftaran. Kat rumah bukan main lagi seminggu awal kemas packing barang dek kerana excited punya pasal. Tapi malam sebelum bertolak tu aku dah hilang selera makan, tiba-tiba mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang.. bukan pertama kali aku masuk asrama, padahal dari aku form 1 lagi dah diwajibkan oleh bapakku untuk masuk asrama *anak bapak*.

masa form 1 aku menangis seminggu dalam shower..tak biasa dohh duduk jauh dari mak bapak..
masuk form 4 pun aku menangis sebab nak pindah sekolah..tapi last-last stay jugak berbakti di sekolah lama..
hari pertama masuk matrikulasi pun aku menangis dalam shower sebab jauh nye kena hantar sampai ke hujung kedah..
hari pertama masuk universiti pun pun aku menangis dalam shower sebab arghh kenapa kena masuk asrama lagi?? aku nak duk rumah bawah ketiak bapak je..

ngada-ngada aku pun, aku tak nangis depan orang. Depan orang kena tunjuk tough sikit. Poyo depan budak-budak yang first time masuk asrama. Bajet otai asrama puiii

bila dah final year ni, aku senyum je la tengok budak-budak junior ni muka suci dalam debu je.. korang belum rasa sakit nya lagi bergelar mahasiswa/i. lepas ni baru korang rasakan. Tapi alah bisa tegal biasa. Apa ada hal, setakat degree 4 tahun pejam celik pejam celik je..

selama seminggu minggu orientasi kat sini, pagi tengahari petang malam tengah malam aku dengar diorang berlatih 'cheers'. Masuk uni aku ni kena jadi sporting ye adik-adik. Kitorang memang ada tradisi turun-temurun iaitu 'cheers fighting' antara kolej setiap tahun. 'Cheers' sampai pecah dewan besar. kita tengok cheers kolej mana yang paling HaVoC!!

p/s: universiti/kolej korang pun ada 'cheers fighting'?

*adv*
Krim Serbaguna SHAKLEE
(klik image untuk link)

4 comments:

adk dayah said...

muka suci dalam debu x bole belah..hehe

Budak Perempuan Biasa said...

itu la muka aku dulu masa first time daftar. tapi muka aku bukan debu tayammum tu tapi debu bedak silky girl. (at first aku nak tulis istinja' tapi nasib baik dah google balik).

mila said...

Ni mesti manje sangat nih, tu yg nagis2...xpe, dh nk abis dah..smg bjya

Budak Perempuan Biasa said...

thanks kak mila. hari pertama saya memang macam tu kak. hahaha