Monday, 1 December 2014

Penat

Salam.

Maaf, aku semput. Tidak dapat bernafas dengan sempurna.

Termengah-mengah mengejar masa.

Semakin aku berlari semakin jauh masa itu pergi. Seolah-olah tidak mahu menemaniku.

Cukuplah duhai masa. Aku mahu secebis rehat. Aku mahu merasakan erti puas.

Berikan aku ruang untuk ku hela. Nafas yang kini turun naik bagai gila.

Entah kenapa malam ini ku bagai dirasuk sukma.

Inginku tangiskan jua derita jiwa.

Penat aku tanggung semua, deraian air mata pengubat luka.

Tuhan, aku ingin kuat. Aku ingin lawan semua halangan.

Masa yang ku ada cuma tinggal seminggu dua.

Mampu kah aku menempuhi semua ini?

Aku rebah dalam kata-kata semangat ku sendiri.

Ya aku mahu kuat. Pengorbanan itu memeritkan.

Semoga aku bertahan.

Ms. Elai (2014)

***

P/s: Peritnya menempuhi cabaran selama 4 tahun demi menggenggam segulung ijazah. duhaiiiii

1 comment:

CintaHati Lina said...

Tahniah.. dan segulung ijazah tu mampu membuatkan hati orang tua kita tersenyum lebar kan... Alhamdulillah... Tahniah sekali lagi... semoga maju jaya....

salam perkenalan dari mommylina